
BENGKEL TANAM,TUAI &
BANTING PADI ORGANIK

Tanam padi tanpa bahan kimia? Boleh!
Pelajari rahsia di sebalik tanaman padi yang lebih sihat, tak susah, tapi hasil memang padu! Jangan lepaskan peluang untuk menguasai teknik pertanian organik yang bukan sahaja meningkatkan hasil, tetapi juga menjaga kesihatan tanah dan alam sekitar.
.jpg)
Kami akan tunjukkan cara-cara tanam padi secara semula jadi.
Padi yang lebih sihat, lebih selamat, dan lebih menguntungkan!.
.jpg)
Tidak perlu ladang yang besar untuk menikmati hasil tani sendiri! Kini, boleh menanam padi organik di rumah dengan mudah dan seronok!
Dalam bengkel ini kami akan menunjukkan bagaimana memanfaatkan ruang kecil di halaman atau pekarangan rumah anda untuk menghasilkan padi organik yang segar dan berkualiti tinggi tanpa perlu alat-alat canggih atau tanah luas!!
KENAPA ANDA PERLU SERTAI BENGKEL TANAM PADI ORGANIK KAMI?
Tingkatkan Hasil Tanaman Secara Semulajadi – Bengkel ini mengajar teknik organik yang terbukti meningkatkan hasil padi tanpa menggunakan bahan kimia, memastikan tanaman yang lebih sihat dan berkualiti tinggi.
Jimat Kos Pertanian – Dengan memanfaatkan baja kompos dan kaedah semula jadi, anda dapat mengurangkan kos penggunaan racun perosak dan baja sintetik, menjadikan pertanian lebih ekonomik.
Pelihara Kesuburan Tanah – Pelajari cara menjaga kesuburan tanah secara berterusan melalui kaedah pertanian organik, yang baik untuk tanah dan memberi manfaat jangka panjang kepada ladang anda.
Sokong Pertanian Lestari – Dengan menyertai kursus ini, anda akan menjadi sebahagian daripada gerakan global ke arah pertanian yang lebih lestari dan mesra alam, sambil menjaga kelangsungan alam sekitar.
Dapatkan Bimbingan Pakar – Terima tunjuk ajar daripada tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang pertanian organik, yang akan membantu anda menerapkan teknik-teknik berkesan di ladang atau kebun anda sendiri.
Kami juga menyediakan aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama anak-anak!

Seperti:
Menuai padi - Rasai pengalaman menuai padi sendiri
Banting padi - Pelajari teknik membanting untuk memisahkan beras
Membatas padi - Teknik membuat batas padi yang sistematik
Menyemai padi - Proses pencambahan biji padi yang mudah
Membaja - Cara pembajaan untuk hasil yang subur
Menanam padi - Tanam padi di sawah dengan teknik yang betul
Kelebihan padi organik
1) Kos efektif
2) Mudah dijaga
3) Kurang serangan hama
4) Tiada racun serangga
5) Tahan kemarau dan banjir
6) Lebih sihat dan enak
7) Tahan lebih lama
Pilihan Tarikh :
10 November 2024 (Ahad)
9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi bengkel :
Laman Siana @ HQ Sisa Sifar, Gombak, Kuala Lumpur
Yuran Promosi
RM60/Dewasa
RM30/Kanak-kanak
Jom alami pengalaman bercucuk tanam padi organik bersama keluarga!
Daftar di bawah sekarang!!
Sebarang masalah pendaftaran sila hubungi kami di whatsapp